Friday, December 31, 2010

UNTUKMU BAKAL KEKASIH HALAL KU....





:: KEKASIH HALAL ::

Aku telah lelah
Memilih memilah mencari wanita
Siapakah dirinya
Yang kan menjadi kekasih halalku

Tiba-tiba aku terpana
Ada kejutan tak terduga

Dia gadis berkerudung merah
Hatiku tergoda tergugah
Tak cuma parasnya yang indah
Dia baik dia soleha

Dia gadis berkerudung merah
Bawalah diriku padanya
Takkan habis ku berdoa
Jadi kekasih halalnya

Jadikan diriku halal
Memeluk halal menciummu
Lekaslah jangan tunda
Untuk menjadi kekasih halalku

Itu itu dia gadis berkerudung merah
Hatiku tergoda tergugah
Tak cuma parasnya yang indah
Dia baik dia soleha

11 JULY 1990..(tarikh keramat bg diriku)

 Tarikh kelahiran anda pada 11 hb Julai.

  • Lelaki ini menyembunyikan aspek dalamannya yang lembut dengan kekerasan.
  • Dia adalah lelaki yang amat sensitif dan mudah terusik dan mudah menangis.
  • Kebahagiaan rumahtangga amat penting baginya ,dan rumahtangganya yang bermasalah akan menjadikannya amat dukacita.
  • Jika dia belum berkahwin , dia mungkin tinggal bersama ibubapanya dia tidak suka berfoya-foya.
  • Dalam pergaulan dia lebih suka mencari pasangan hidup.
  • Mencari pasangan hidup agak sukar baginya, kerana dia kurang kemas , pemalu dan kurang dorongan , serta dia perlukan wanita yang pandai menjaga rumah , berharta dan pendapatan baik.
  • Antara kelemahannya ialah dia suka mengkritik dan mengadu , dan menganggap tidak ada perkara yang benar memuaskan hatinya. Walaubagaimanapun , dia adalah suami yang setia , dan amat sukar untuk bercerai.
:: HAMPIR SEMUANYA TEPAT DENGAN DIRIKU ::

P/S: saya bkn seorg yg LEMBUT(nyah) k...hahaha..

INSAN BERNAMA LELAKI (lelaki dan cinta)

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada  kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat  mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini,  tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila  sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk  cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk  kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan  mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Utk  melihat lelaki menangis amatlah payah.
Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu utk kekasihnya  dengan rela bukan kerana terpaksa. 
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan  berubah menjadi orang yang kuat bercakap. 
3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat  menyayangi kekasihnya. 
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana  perasaan cemburunya yang meluap-luap. 
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana  dia sentiasa berasa curiga. 
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan  kekasihnya. 
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila  kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian  kepadanya. 
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang  meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya  lebih dari orang lain. 
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup  membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh  kekasihnya. 
12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan  daripanya terlalu lama. 
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya. 
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya  sendiri. 
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya  kerana dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada  urusan penting dengannya. 
17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dengan kekasihnya  walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar. 
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain. 
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa  serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun  dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya. 
20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal  dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali  kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling  dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun  nyawanya sendiri. 
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya  namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti  hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya. 
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata  hanya untuk seorang perempuan.
HARGAILAH INSAN BERNAMA LELAKI 

SALAM PERKENALAN DAN SALAM 1 MALAYSIA

saya baru hendak berjinak2 dlm dunia blog ni.byk lagi yg perlu dipelajari...
bak kata pepatah:
'buah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkan,
saya remaja baru belajar, andai salah tolong tunjukkan'..
SALAM PERSAHABATAN BUAT SEMUA....